Thursday, August 20, 2009

PROGRAM KEMAHIRAN

Penglibatan dan peranan setiap pekerja di dalam membangunkan masyarakat dan negara adalah penting berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab malah merupakan satu usaha positif untuk mencapai tahap lebih tinggi berdasarkan kepada konsep pembangunan bersepadu iaitu dari aspek fizikal dan mental setanding dengan kaum lelaki. Namun begitu, perlu diingat sistem hidup kita kini begitu mementingkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Institut Generasi menawarkan program Pengurusan Perniagaan dan Kesetiausahaan yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia untuk memberi peluang kepada golongan lelaki dan wanita khususnya dalam mengubah gaya hidup dengan menjawat jawatan bertaraf professional.

Dalam liputan yang dibuat bersama pegawai kaunseling Cik Suhaila Osman, beliau menegaskan bahawa bidang ini mendapat permintaan yang menggalakkan sehingga hari ini terutamanya daripada kategori individu yang berumur diantara 17 tahun sehingga 50 tahun.

Beliau mengatakan bahawa ini menunjukkan bahawa kini, individu sudah pandai memilih bidang pengkhususan mengikut kehendak majikan, walaupun terdapat banyak bidang-bidang pendidikan yang berbeza, namun ibu-bapa dan pelajar itu sendiri menjadikan bidang ini sebagai pilihan nombor satu. Mereka bukan sahaja boleh menjadi seorang yang berjaya, malah akan mempunyai kepimpinan diri yang tinggi.

Tidak dinafikan bahawa majikan dan pekerja mempunyai matlamat tersendiri dalam dunia pekerjaan. Keupayaan memenuhi kehendak para majikan adalah sesuatu yang amat penting bagi seseorang pekerja. Majikan akan mendapat faedah dari pekerja yang menepati kehendak dan keperluan bidang kerja yang ditawarkan. Majikan dan pengurusan mahukan produktiviti manakala pekerja pula menuntut pulangan yang setimpal. Evolusi dalam dunia wanita 20 tahun dahulu hingga kini memang amat ketara perbezaannya , malah seketika dahulu boleh dikatakan tidak ramai wanita yang berminat untuk memilih kerjaya ini kerana bidang ini merupakan satu kerjaya yang mencabar.


Menurut Kaunselor Institut , beliau tidak menafikan bahawa sistem pendidikan yang terlalu berteraskan peperiksaan dan juga kelulusan atas sijil menyumbang kepada masalah graduan yang lemah dari segi komunikasi dan aspek lain. Menurut beliau di Institut Generasi para pelajar diberi pendedahan latihan kemahiran industri yang mirip amalan kerja sebenar.

Manakala tenaga pengajar pula terdiri daripada para graduan lepasan universiti tempatan dan luar negara serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia yang mendapat kelayakan VTO terlatih dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Pendedahan serta latihan yang diberi ini bukan sahaja membantu graduan, tapi juga organisasi itu sendiri. Ini kerana cabaran dalam pelbagai industri masa kini wujud dalam pelbagai bentuk hingga memerlukan pekerja sebagai individu yang sentiasa bersedia menempuhi cabaran yang ada.

Apa yang diinginkan majikan apabila memilih seseorang pekerja adalah kebolehan mereka mengutarakan idea yang selari dengan realiti kerjaya berkenaan. Untuk memenuhi kehendak majikan ini, inisiatifnya terletak kepada graduan sendiri untuk mempersiapkan diri mereka sebelum memasuki alam pekerjaan.

Beliau menambah “Kami menyediakan jadual waktu kuliah yang fleksibel dimana para pelajar boleh memilih jadual pembelajaran mengikut kesesuaian masa masing-masing samada secara sepenuh masa atau separuh masa. Ini membolehkan mereka dapat menguruskan jadual tanpa mengganggu aktiviti kerja mereka. Antara lain para pelajar yang mempunyai komitmen yang padat dan waktu yang terhad boleh juga untuk memilih mengikuti Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dimana para pelajar hanya menghadiri kuliah dua kali sahaja dalam sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad dan waktu yang selebihnya para pelajar boleh mengikuti kuliah secara On-line iaitu melalui internet. Dengan jadual yang fleksibel ini para pelajar dapat mengurangkan masalah urusan masa”.

Justeru, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja dengan lebih berkesan, seorang wanita perlukan pelbagai kemahiran dan kecekapan. Oleh yang demikian kami mengambil langkah perlu dengan menawarkan bidang professional ini di Institut Generasi.

Pengambilan hanya dibuat setahun sekali dan pendaftaran dibuka sekarang. Bagi mengelakkan dari terlepas peluang ini, kami mengesyorkan kepada individu yang berminat supaya hadir terus ke Institut Pendidikan Generasi yang beralamat di 51-53, Jalan Leboh Ampang, Kuala Lumpur (berhampiran LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 03-20704081.

No comments:

Post a Comment